top of page
  • newsatmy

Zolkifly Lazim Arah Potong Elaun Wakil Rakyatnya

4 Jun 2021

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Telok Bahang, YB Haji Zolkifly Bin Md Lazim mengarahkan agar elaun wakil rakyatnya dipotong sebanyak 30% sebagai tanda solidariti bersama memerangi wabak Covid-19.


Beliau bersama semua rakan YB ADUN Pulau Pinang bersetuju untuk menyumbang 30% elaun Wakil Rakyat mereka.


Di Pulau Pinang, semua EXCO Pulau Pinang juga setuju menyerahkan 1 bulan gaji Jun 2021 untuk bersama memerangi Pendamik COVID19.


"Saya juga beri sumbang peribadi RM10 ribu kepada BERSATU Negeri Pulau Pinang untuk membantu Parti, bersama memerangi COVID19,


"Semoga kita semua berjaya kembalikan Malaysia yang aman sejahtera tanpa COVID19," katanya dalam satu siaran Facebook miliknya.


YAB TS Muhyiddin Yassin telah umum, semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak ambil 3 bulan gaji.


Gaji yang tidak diambil ini akan disalurkan kepada Akaun Amanah Bencana bagi membiayai usaha memerangi COVID-19.



-PN Online

Comments


bottom of page