top of page
Writer's pictureNihaba

Zuraida sedia timbang sertai Parti Bangsa Malaysia

13 Disember 2021

KOTA SAMARAHAN-Spekulasi berhubung pergeseran dalam kumpulan bekas pemimpin PKR dihangatkan lagi selepas Ahli Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) Bersatu Zuraida Kamaruddin berkata dia sedia untuk mempertimbang menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).


Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU itu, bagaimanapun menjelaskan pada masa ini beliau belum menerima sebarang jemputan daripada parti berkenaan.

"Saya tak ada terima tawaran apa-apa lagi. (Kalau ada) saya belum tahu lagi, saya akan pertimbangkan, insya-Allah. Kalau tawaran daripada sesiapa pun saya akan pertimbangkan, tak boleh tolak," katanya.

Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Kluster Koko Sarawak


Pada 27 Oktober lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan penukaran nama SWP kepada PBM dan perlembagaan baharunya.PBM mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 14 November dan barisan kepemimpinan baharu juga dilantik. Pada masa ini, Presiden PBM orang yang kurang dikenali iaitu Mohamad Sukri Yusri, manakala Ahli Parlimen Julau, Larry Sng sebagai Timbalan Presiden.



Comments


bottom of page