top of page
  • StrangePlay

2 MT pengkhianat UMNO ditemukan, bakal dijatuhkan tindakan.

UMNO telah berjaya menemukan “udang disebalik batu” yang sering memecah rahsia mesyuarat MT parti itu.


“Ahmad Zahid maklumkan dua MT iaitu masing-masing lelaki dan wanita dikenalpasti hasil siasatan dilakukan”


“UMNO tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti.”

“Presiden UMNO akan umumkan nama mereka tidak lama lagi serta tindakan yang mungkin diambil iaitu memecat keahlian mereka daripada parti,”


Perkara ini dinyatakan kelmarin sendiri oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid dalam ucapannya kepada ketua-ketua bahagian dan kedua-dua sayap di Melaka; menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber lain.


Berdasarkan sumber itu juga, tindakan kedua-dua MT berkenaan yang berterusan menyebar maklumat dan butiran mesyuarat tanpa pengetahuan parti merupakan satu pengkhianatan dan mengundang kemarahan Ahmad Zahid.


Mesyuarat MT UMNO yang terbaharu adalah pada bulan lalu, diadakan di Janda baik bagi membincangkan masa depan kerjasama dengan Bersatu

.

Awal bulan ini, bekas Setiausaha Agung UMNO dan BN, Annuar Musa, telah menuntut penjelasan berkenaan surat Ahmad Zahid kepada Muhyiddin Yassin, yang menamatkan kerjasama dengan parti serpihannya itu bagi menghadapi PRU-15.


Surat itu dikatakan sebagai makluman keputusan daripada mesyuarat MT yang diadakan itu.


-PNOnline


bottom of page