top of page
  • newsatmy

58 kematian semalam, 61,760 kes aktif

9 November 2021

Jumlah kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam meningkat kepada 58 kes, berbanding 35 kes pada Ahad, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.


Lapan pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.


Kumulatif sejak awal tahun lalu hingga semalam meningkat kepada 29,349 kes


Selangor merekodkan 13 pesakit Covid-19 meninggal dunia.


Sehingga semalam, Selangor juga merekodkan 14,139 kes aktif dengan 11,880 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,224 ditempatkan di PKRC; 949 dirawat di hospital; dan 85 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).


Sehingga kini Selangor mencatat 721,428 kes positif, sementara 699,117 pesakit disahkan telah sembuh.


Sarawak pula mencatat 12 kematian; Perak (tujuh),enam di Johor dan Kelantan; dan empat di Kedah dan Terengganu.


Melaka dan Kuala Lumpur merekodkan dua kematian; dan satu di Pahang, serta Sarawak.

Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.


Sehingga semalam, KKM melaporkan 61,760 kes masih aktif. 48,042 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 7,698 ditempatkan di PKRC; 5,486 dirawat di hospital; dan 534 pesakit dimasukkan ke ICU, termasuk 263 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.


Sementara itu, Melaka merekodkan 2,914 kes aktif.


Daripada jumlah itu, 2,438 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 330 ditempatkan di PKRC; 131 dimasukkan ke hospital; dan 15 pesakit dirawat di ICU, dengan lima daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.


Melaka juga merekodkan 66,688 kes positif, dengan 63,005 pesakit disahkan sembuh.


Sebanyak 909 kematian turut dilaporkan di Melaka sejak awal tahun lalu hingga semalam.

bottom of page