top of page
newsatmy

AIM terima pengiktirafan antarabangsa Institusi Mikrokredit Terbaik

4 April 2022

KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merangkul anugerah Institusi Mikrokredit (Islamik) Terbaik Anugerah Islamic Finance News (IFN) bagi tahun 2020 dan 2021.


Pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini merupakan anugerah kali ketujuh dan kelapan yang diterima AIM selepas merangkul anugerah tersebut pada 2013, 2014, 2015, 2016, 2018 dan 2019.


Pengiktirafan itu diterima dalam majlis penyampaian anugerah berkenaan di sebuah hotel di sini, Rabu lalu.

AIM dalam satu kenyataan menjelaskan, anugerah IFN merupakan anugerah berprestij diiktiraf dalam pasaran modal Islam di peringkat global.


"Ia juga secara tidak langsung membuktikan impak luar biasa manfaat konsep syariah yang diguna pakai oleh institusi-institusi ternama dalam pelbagai sektor di seluruh dunia," katanya.


Untuk rekod, AIM merupakan institusi yang memberi tumpuan khusus kepada pinjaman mikro untuk golongan B40 dan B50 dengan pencapaian cemerlang kadar bayar balik pinjaman melebihi 99 peratus.


Selain AIM, turut menerima anugerah ialah CIMB Investment Bank bagi kategori Bank Pelaburan Islam Terbaik; SME Bank bagi kategori SRI dan ESG; Maybank Investment bagi kategori Pelaburan Hartanah dan Bursa Malaysia bagi kategori Penyenaraian Bursa Saham Terbaik (Islamik).

Comments


bottom of page