top of page
admin

Ambank semak semula unjuran hasil kerajaan


KUALA LUMPUR, 26 Feb- Ambank Economic Research telah menyemak semula unjuran hasil kerajaan tahun ini kepada RM291.5 bilion. Semakan semula berbanding anggaran sebelumnya sebanyak RM272.6 bilion, dibuat berdasarkan pengumuman Belanjawan 2023.

Menerusi nota penyelidikannya, Ambank Economic Research memaklumkan, hasil cukai akan menjadi penyumbang terbesar kepada hasil kerajaan, merangkumi 74.9 peratus. Manakala selebihnya merupakan hasil bukan cukai. Hasil cukai pendapatan petroleum dijangka lebih tinggi berbanding peruntukan sebelumnya, meningkat 12.7 peratus kepada RM18.2 bilion. Ia berdasarkan andaian harga minyak Brent pada AS$80 setong tahun ini. Jelas Ambank, sebagai ekonomi yang sedang membangun, masih ada keperluan untuk terus berbelanja untuk sektor pembangunan penting. Ini terutamanya dalam bidang pendidikan untuk merapatkan jurang kemahiran antara majikan dan pekerja. Selain perbelanjaan pembangunan untuk sektor penjagaan kesihatan memandangkan populasinya terus meningkat.

Comments


bottom of page