• newsatmy

AME Elit berjaya bida projek Rm359 juta di Tg.Langsat

24 Oktober -JOHOR BAHRU

Penyedia rumusan ruang industry bersepadu, AME Elite Consortium Berhad meraih kontrak bernilai RM359 juta daripada Ye Chiu Non-Ferrous Metal (M) Sdn Bhd (Ye Chiu) bagi membina kemudahan kilang, gudang dan pejabat di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di Pasir Gudang.

Mengikut kontrak tersebut, AME Construction Sdn Bhd akan membina empat blok fasiliti pengeluaran bersama gudang logistik, serta bangunan pejabat dan tambahan dengan jumlah keseluruhan kawasan binaan seluas 2.55 juta kaki per segi.


Blok baharu bangunan tersebut akan menyokong fasiliti pengeluaran sedia ada Ye Chiu di Tanjung Langsat.