• newsatmy

Bank Negara tambah 2 syarikat baharu dalam senarai amaran perniagaan perkhidmatan wang

14 April 2021

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemaskinikan dan menambah dua syarikat baharu dalam Senarai Amaran Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB).


Menerusi satu ciapan di Twitter @BNM_official, BNM menjelaskan dua syarikat tersebut iaitu Oscar Saloon Photo Studio dan SMJ Mulya Enterprise.


Oscar Saloon Photo Studio merupakan syarikat yang beralamat di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur manakala SMJ Mulya Enterprise pula beralamat di Taman Melur dan Kampung Tasek Permai di Ampang, Selangor.


Kedua-dua syarikat terbabit telah dikenakan perintah mahkamah kerana menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen mengikut Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.


Layari http://bnm.gov.my/msb-alert untuk menyemak senarai terkini.


-- BERNAMA