top of page
  • admin

Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini


KOTA SAMARAHAN 21 Mac: Basikal buluh buatan Sarawak dijangka mula memasuki pasaran China tahun ini, kata Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka), Datuk Hashim Bojet.


Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan dan penyampaian sijil Kursus Intensif Basikal Buluh di Kompleks Industri Perabot Pusaka.

Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh dan buluh yang ditanam secara ladang di Sarawak, katanya.

Beliau berkata buat masa ini kompleks itu menjadi premis untuk pembuatan basikal berkenaan dan mampu mengeluarkan 50 unit sebulan.


Susulan perancangan untuk mengeksport ke negara tembok besar itu, kapasiti pengeluaran basikal buluh akan dipertingkatkan lagi, katanya.


"Ini (pencapaian mengeluarkan basikal buluh untuk eksport) juga seiring dengan sambutan 50 tahun Pusaka (tahun ini)," katanya.

-- BERNAMA

bottom of page