top of page
  • cik skod

Belum setahun roti Gardenia naik harga lagi


SHAH ALAM,28 Ogos - Syarikat pengedar jenama roti terkemuka, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata,kenaikan harga jenama Gardenia melibatkan 53 jenis produknya.


beliau berkata, Gardenia cuba mengekalkan harga jualan , tetapi disebabkan kos bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran telah meningkat secara berterusan,dan kemaskini harga terpaksa dilakukan.


Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30, naik 30 sen.

Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.


Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.


Surat mengenai perubahan harga produk roti Gardenia yang dihantar kepada peruncit itu juga tular di media sosial dan turut dikongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama @KlutzyKucing.


kenaikan ini merupakan kali kedua dalam tempoh sembilan bulan harga produk roti Gardenia .Sebelum ini syarikat itu baharu sahaja dilaporkan mengumumkan semakan harga pada 1 Disember tahun lalu.

bottom of page