top of page
  • newsatmy

BSN tawar 5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA, bantu usahawan terjejas COVID-19

27 Julai 2021

Khas buat usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19, ini adalah berita gembira dan peluang untuk anda meneruskan kelangsungan perniagaan.


Bank Simpanan Nasional (BSN) menyeru para usahawan mikro yang terjejas untuk membuat permohonan pembiayaan segera melalui Skim Mikro Kredit PEMERKASA yang disediakan bermula 1 April yang lalu.


Skim Mikro Kredit PEMERKASA ini menyediakan bantuan kewangan sehingga RM50,000 dengan kadar keuntungan sebanyak tiga peratus (3%) dan tempoh pembiayaan antara satu (1) hingga lima setengah (5.5) tahun. Pembayaran ansuran bulanan hanya akan bermula selepas bulan keenam.


BSN menawarkan lima (5) pilihan skim pembiayaan Islamik dan konvensional seperti berikut:


1. BSN Micro/i PEMERKASA bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Kelayakan:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.

  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.

  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).

  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.


2. BSN Micro/i PEMERKASA-NITA bagi usahawan wanita yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Kelayakan:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan wanita, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan wanita dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.

  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.

  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).

  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.


3. BSN Micro/i PEMERKASA BELIA bagi usahawan muda berusia 30 tahun dan ke bawah yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Kelayakan:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun dan ke bawah, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan belia yang berdaftar seperti tersebut di atas dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.

  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.

  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).

  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.


4. BSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA bagi usahawan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Kelayakan:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh OKU dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.

  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.

  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).

  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.


5. BSN Micro/i PEMERKASA MAMPAN adalah bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd yang memerlukan dana bagi menampung kos-kos tetap operasi perniagaan sehingga enam (6) bulan termasuk gaji pekerja, bil utiliti dan sewaan.

Kelayakan:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.

  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.

  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).

  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya lima (5) tahun.

Jenis-jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon Skim Mikro Kredit PEMERKASA adalah seperti berikut:

  • Peruncitan dan pemborongan

  • Pembuatan

  • Perkhidmatan


Untuk memohon Skim Mikro Kredit PEMERKASA, orang ramai boleh melayari laman sesawang BSN di www.bsn.com.my atau menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan di 1-300-88-1900 untuk maklumat lanjut.


bottom of page