top of page
  • admin

Bursa Malaysia akhiri sesi pagi rendah


KUALA LUMPUR, 4 April- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini berikutan kekurangan pemangkin belian dalam saham wajaran tinggi terpilih selain bergerak seiring dengan prestasi bercampur-campur di pasaran rakan serantau, kata seorang penganalisis. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.78 mata kepada 1,427.61 daripada 1,433.39 pada penutupan semalam. Indeks utama memulakan dagangan pagi ini pada paras 1,432.24, turun 1.15 mata dan berlegar antara 1,426.63 dan 1,432.83 di sepanjang sesi. Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 400 berbalas 309, manakala 386 kaunter tidak berubah, 1,130 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung. Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.49 bilion unit bernilai RM794.25 juta. Peniaga ActivTrades Anderson Alves menyatakan bahawa pasaran Asia tidak menentu pada urus niaga Selasa menjelang minggu yang singkat sempena cuti Easter yang akan datang dan Festival Ching Ming China. "Jumlah dagangan merosot selepas sesi turun naik membabitkan sektor tenaga," katanya kepada Bernama.


Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8.64, Public Bank susut satu sen menjadi RM3.99, Petronas Chemicals kerugian tujuh sen kepada RM7.14, manakala CIMB naik empat sen kepada RM5.34 dan TNB tidak berubah pada RM9.24 . Bagi saham aktif, Fitters dan Computer Forms masing-masing kekal pada lapan sen dan 23 sen, Reach Energy turun 2.5 sen kepada lima sen, Pesona Metro merosot satu sen kepada 23.5 sen dan Salutica naik 8.5 sen kepada 48 sen. Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 24.20 mata kepada 10,477.26, Indeks FBMT 100 susut 26.14 mata menjadi 10,163.11 sementara Indeks FBM Emas Syariah menguncup 36.21 mata kepada 10,775.47. Indeks FBM 70 peroleh 27.22 mata kepada 13,633.38 dan Indeks FBM ACE turun 10.71 mata kepada 5,301.41. Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 22.14 mata kepada 15,777.95, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kerugian 0.62 mata kepada 172.44 dan Indeks Perladangan lemah 37.31 mata kepada 6,741.93 manakala Indeks Tenaga meningkat 6.51 mata kepada 872.27.- BERNAMA

bottom of page