top of page
  • Farah

Carian......Kenaikan OPR bagi menjamin kestabilan ekonomi negara


KUALA LUMPUR, 8 Jan-Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijangka dinaikkan sehingga 3.25 peratus bagi menjamin kestabilan ekonomi negara.


Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata kenaikan itu untuk menarik pelabur luar negara dalam pasaran kewangan.


"Sekiranya OPR tidak dinaikkan apa yang dikhuatiri ialah pelabur-pelabur terutamanya pelabur luar negara yang menyertai pasaran 'money market' akan keluar daripada negara kita.


"Kerana margin keuntungan mereka berkurangan dan pulangan yang lebih lumayan di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat," katanya.


Beiau menyatakan demikian kepada RTM.


Bank Negara Malaysia dijangka menaikkan OPR dua kali lagi sehingga mencapai kadar 3.25 peratus semula tahun ini

bottom of page