top of page
  • newsatmy

CFO Kumpulan Maybank letak jawatan

29 Jun 2021

KUALA LUMPUR - Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meletak jawatan untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan di institusi berkaitan kerajaan.


Maybank dalam satu kenyataan hari ini berkata peletakan jawatan Amirul akan berkuat kuasa menjelang 15 Julai depan.


"Maybank telah memulakan proses mengenal pasti GCFO yang baharu, sejajar dengan pelan penggantian yang sedia ada.


"Kami akan membuat pengumuman apabila keputusan dibuat," kata bank itu.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias berkata Maybank telah melantik pengawal kewangan kumpulan, Khalijah Ismail sebagai pemangku GCFO bagi menyelia fungsi kewangan kumpulan.


"Lembaga pengarah dan pengurusan Maybank melahirkan penghargaan kepada Amirul atas sumbangan serta kepimpinan beliau dalam kumpulan dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau pada masa akan datang," katanya.


- PN Online


bottom of page