top of page
  • newsatmy

Ekonomi digital pacu kelangsungan perniagaan-Azmin Ali

4 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Ekonomi digital merupakan aspek terpenting bagi memastikan kelangsungan perniagaan dalam norma baharu, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Beliau menegaskan, elemen itu menyaksikan negara melipatgandakan usaha terutama dalam menyediakan platform pembiayaan digital, e-dagang dan ekonomi gig ketika menyampaikan ucaptama sempena Forum Inisiatif Asia Pasifik Ketiga 2021 bertajuk 'Prioritising innovation as the key to unlocking post-crisis growth'


Pada 2016, saiz ekonomi digital global bernilai AS$11.5 trilion (RM48.6 trilion), bersamaan 15.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.

Saiz ekonomi digital dijangka terus berkembang kepada 24.3 peratus menjelang 2025.


Mohamed Azmin berkata, inovasi dalam meningkatkan keupayaan teknologi dan mempercepatkan penggunaan alat digital adalah aspek penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan di rantau ini khususnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi.

"Inovasi kreatif adalah penting untuk menangani dan menyelesaikan banyak isu baharu yang telah muncul seperti perlindungan data, keselamatan siber dan perkhidmatan percukaian digital, apatah lagi peraturan kecerdasan buatan di samping peraturan algoritma yang lebih luas," katanya.




bottom of page