top of page
  • newsatmy

Faktor Kejayaan Jenama Terkenal Louis Vuitton

22 November

Selebriti dan artis terkenal dunia kebanyakannya memilih jenama terkenal Louis Vuitton kerana jenama ini sesuai digunakan oleh kaum bangsawan. Kualiti juga sangat terbaik dan buatannya dikatakan menepati kehendak dan kemahuan pelanggannya.

Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah jenama ini ditubuhkan? Apakah kisah kejayaan di sebalik jenama ini? Jom kenali jenama terkenal Louis Vuitton dan lihat perkara yang perlu anda tahu mengenainya.


Menghasilkan Produk Untuk Kerabat Diraja

Louis Vuitton sering memberi tumpuan kepada pasaran mewah dan terkenal dengan reka bentuk yang hebat sejak tahun 1854 lagi. Oleh itu, Louis Vuitton sering diminta untuk menghasilkan beg khas untuk isteri maharaja Perancis pada zaman pemerintahan Napoleon III iaitu Eugénie de Montijo.


Memperkenalkan Keunikan Monogramnya Yang Tersendiri

Pada tahun 1896, Louis Vuitton telah memperkenalkan monogramnya yang tersendiri iaitu LV. Monogram LV merupakan monogram yang terkemuka di dunia dan reka bentuknya sangat popular pada hari ini. Jadi, bila kita lihat barangan pakaian yang memaparkan monogram LV, kita sudah tahu bahawa ia adalah keluaran daripada Louis Vuitton.

Mengeluarkan Produk Mew​​ah

Setelah satu abad memperkenalkan beberapa beg yang paling terkenal di dunia, Louis Vuitton telah mula mengeluarkan jenama pakaian wanita dan juga pakaian lelaki. Kini, Louis Vuitton tidak hanya menjual beg tetapi juga pakaian, kasut, jam tangan, perhiasan, aksesori dan juga minyak wangi.


Kualiti Produknya Sering Terjaga

Kualiti produk Louis Vuitton sentiasa menjadi teras dalam kejayaan jenamanya. Biasanya mereka tidak melakukan pemasaran tetapi menghasilkan produk yang luar biasa dari segi reka bentuk dan cara pembuatannya yang sememangnya penuh teliti. Selain itu, pengeluaran produknya dijaga dan dikeluarkan dalam skala yang tidak terlampau banyak.


Sering Melakukan Inovasi Terhadap Pengeluaran Produknya

Louis Vuitton terus mencipta kejayaan kerana tahu cara untuk mencipta pembaharuan dan mengikut peredaran semasa tetapi masih mengekalkan imej klasik mereka. Dalam inovasi produk Louis Vuitton, mereka telah melakukan kerjasama dengan selebriti dan pereka fesyen yang terkenal.


Kesimpulannya, kejayaan Louis Vuitton ini adalah disebabkan oleh kebijaksanaan pemiliknya dalam mengambil peluang yang ada dan berani dalam mengambil risiko yang ada.

Sebagai seorang usahawan atau pengeluar produk (founder), kita juga harus mengikuti sistem perniagaan yang dilakukan oleh Louis Vuitton iaitu mempunyai visi yang jelas. Semoga dengan entri ini, ianya dapat membantu kita semua dalam mencapai kejayaan perniagaan masing-masing.

bottom of page