top of page
  • newsatmy

FGV tolak Perspective Lane jadi pemegang saham terbesar

9 Mac 2021

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd (FGV) tidak merancang meneruskan cadangan Perspective Lane (M) Sdn Bhd untuk menjadi pemegang saham terbesarnya.


"FGV ingin mengumumkan bahawa cadangan ini tidak akan diteruskan lagi berikutan pengambilalihan mandatori tanpa syarat daripada Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bagi pihak FELDA untuk mengambil alih semua baki saham biasa dalam FGV tidak dipegang oleh pembuat tawaran dan pihak terbabit yang bertindak secara bersama-sama," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.


Pada 15 Oktober 2020, syarikat perladangan itu mendedahkan ia telah menerima sepucuk surat daripada Perspective Lane yang menyatakan minat menjadi pemegang saham menerusi suntikan aset perladangan ke dalam FGV bagi pertimbangan mendapatkan kepentingan saham.


Sekiranya perjanjian itu dipertimbangkan, Perspective Lane berpotensi menjadi pemegang saham tunggal terbesar.


Sementara itu, FELDA dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia menyatakan ia telah membeli dua juta lagi saham dalam FGV daripada pasaran terbuka pada RM1.30 sesaham.


Maybank IB, penasihat prinsipal kepada FELDA berhubung tawaran pengambilalihan bagi saham FGV itu berkata, FELDA membuat pembelian itu pada 5 Mac lalu


-BERNAMA

bottom of page