top of page
  • Writer's pictureNihaba

Gagasan Nadi kerjasama dengan KWSP raih projek RM 1 bilion

24 Oktober-KUALA LUMPUR

Gagasan Nadi Cergas Bhd (Gagasan Nadi) bekerjasama dengan unit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membangunkan projek perumahan mampu milik di Petaling, Selangor, dengan nilai pembangunan kasar yang dianggarkan sebanyak RM1 bilion.

Penyedia perkhidmatan pembinaan itu berkata ia telah menerima surat penganugerahan daripada Kwasa Development (13) Sdn Bhd (KD13) untuk menjadi rakan kongsi pembangunan bagi projek tersebut di atas dua bidang tanah seluas 15.83 hektar.


KD13 adalah anak syarikat milik penuh Kwasa Land Sdn Bhd, yang seterusnya menjadi milik penuh KWSP.


bottom of page