• newsatmy

Harga minyak turun selepas Arab Saudi-UAE capai kesepakatan pengeluaran

15 Julai 2021

Harga minyak dunia catat penurunan pada Rabu.


Ia susulan laporan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencapai kesepakatan mengenai perjanjian bekalan global yang membolehkan UAE meningkatkan pengeluarannya.


Kesepakatan di antara kedua-dua negara pengeluar minyak itu bermaksud negara anggota pengeksport petroleum (OPEC) dan OPEC Plus akan dapat memanjangkan perjanjian menahan pengeluaran sehingga akhir 2022.


Harga minyak mentah Brent turun 57 sen kepada AS$75.92 dolar satu tong manakala West Texas Intermediate turun 58 sen kepada AS$74.67 satu tong.


Percanggahan di antara pemimpin OPEC Arab Saudi dan UAE menyebabkan perbincangan gagal mencapai kesepakatan minggu lalu mengenai peningkatan pengeluaran ketika permintaan global pulih daripada wabak koronavirus.


Di bawah kompromi dengan Arab Saudi, pengeluaran awal UAE akan meningkat kepada 3.65 juta tong sehari setelah perjanjian semasa berakhir pada April 2022.


- PN Online