top of page
newsatmy

Harga tiket penerbangan ke Sarawak sekitar RM200 - AirAsia

28 November

KUALA LUMPUR: AirAsia sudah menerima kelulusan rasmi daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) untuk tambahan 42 penerbangan mingguan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak bagi tempoh terhad dari 11 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata, ia secara langsung menurunkan harga tiket Kuala Lumpur-Kuching dari sekitar RM1,000 sebelumnya kepada kurang RM200 sehala dan ia sudah pun hampir habis terjual sebaik jualan dibuka.


Syarikat penerbangan tambang rendah itu turut memberikan penjelasan mengenai isu di media sosial berhubung harga tiket yang mahal untuk penerbangan antara Semenanjung dan Sarawak menjelang perayaan Krismas serta musim cuti dan pilihan raya negeri Sarawak yang dijadualkan pada 18 Disember 2021.

Katanya pihaknya sentiasa berbincang dengan MOTS dan telah beberapa kali menyerahkan permohonan untuk penambahan kekal kekerapan penerbangan berjadual dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak sejak awal tahun ini, termasuk yang terakhir dikemukakan pada minggu lepas yang meliputi permohonan untuk penerbangan tambahan bagi musim cuti Krismas dan Tahun Baru Cina


"Sebagai penerbangan kos rendah, kami memerlukan jumlah inventori yang tinggi untuk membolehkan kami menawarkan harga tiket yang rendah kepada penumpang.


"Operasi kami adalah berlandaskan kecekapan ekonomi iaitu dengan mendapatkan jumlah penumpang yang tinggi dan seterusnya membahagikan penjimatan kos kepada mereka. Ini membolehkan penumpang menikmati tambang rendah dan banyak penjimatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.-BH


Comentários


bottom of page