top of page
  • newsatmy

Hatta Dolmat pereka fesyen koleksi lestari pertama Malaysia

25 April 2021

KUALA LUMPUR: Hatta Dolmat muncul sebagai pereka fesyen pertama di Malaysia yang menghasilkan koleksi lengkap berasaskan kelestarian dan mesra alam sehingga mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Record.


Hatta Dolmat Design dalam satu kenyataan berkata, ia adalah satu revolusi dalam penghasilan pakaian dengan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar dan dengan visi bagi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil di tapak pelupusan sampah.


Setelah dinobatkan sebagai salah seorang penerima 'Successful People in Malaysia' oleh British Publishing House Ltb baru baru ini, Hatta Dolmat yang juga Presiden KLYDA dan Ketua Eksekutif Hatta Dolmat Design kini menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record.


Hatta dalam kenyataan berkenaan berkata, ia adalah pencapaian tertinggi yang beliau peroleh setakat ini.


"Pertama kali memperkenalkan koleksi rangkaian aksesori dan beg saya yang diperbuat daripada botol plastik terbuang yang dikitar semula sebagai sebahagian daripada portfolio pada tahun 2020 untuk memenuhi kehendak komuniti dan pengikut saya yang mencari produk tahan lama, mampu milik namun masih premium dan memenuhi keperluan mereka dalam menjalani kehidupan aktif seharian.


"Selama ini, saya melakukan perbanding tara dan kajian mendalam mengenai harga, kualiti, motif corak dan identiti sesuatu produk dan saya telah mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana pelanggan saya menggunakan produk Hatta Dolmat.


"Justeru, ini memberi kesan kepada prosesrekaan motif, reka cipta, jahitan, penghasilan dan akhirnya membawa kepada rangkaian koleksi aksesori dan hijab HD Monogram yang premium namun mampu milik. " kata Hatta.


Koleksi aksesori, beg dan hijab yang bernaung di bawah nama jenama Hatta Dolmat kini boleh didapati di laman sesawang rasmi hattadolmat.net, akaun rasmi Shopee Mall Hatta Dolmat Official Store atau melalui ejen yang terpilih.


Hatta juga kini rancak menyediakan rangkaian koleksi terbaru beliau atas hasil kerjasama bersama Malaysia Airport Bhd (MAHB) melalui platform ShopMyAirport.


Hatta Dolmat Design juga, katanya, bakal melancarkan koleksi tudung eksklusif dan pelitup muka rekaan khas pada Mei ini hasil kerjasama strategik antara pihaknya dan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre.


Katanya, hampir 200 botol plastik terbuang telah dikitar semula bagi menghasilkan fabrik untuk koleksi berkenaan.


KUALA LUMPUR: Hatta Dolmat muncul sebagai pereka fesyen pertama di Malaysia yang menghasilkan koleksi lengkap berasaskan kelestarian dan mesra alam sehingga mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Record.


Hatta Dolmat Design dalam satu kenyataan berkata, ia adalah satu revolusi dalam penghasilan pakaian dengan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar dan dengan visi bagi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil di tapak pelupusan sampah.


Setelah dinobatkan sebagai salah seorang penerima 'Successful People in Malaysia' oleh British Publishing House LTD baru baru ini, Hatta Dolmat yang juga Presiden KLYDA dan Ketua Eksekutif Hatta Dolmat Design kini menerima pengikitirafan daripada Malaysia Book Of Record.


Hatta dalam kenyataan berkenaan berkata, ia adalah pencapaian tertinggi yang beliau peroleh setakat ini.


"Pertama kali memperkenalkan koleksi rangkaian aksesori dan beg saya yang diperbuat daripada botol plastik terbuang yang dikitar semula sebagai sebahagian daripada portfolio pada tahun 2020 untuk memenuhi kehendak komuniti dan pengikut saya yang mencari produk tahan lama, mampu milik namun masih premium dan memenuhi keperluan mereka dalam menjalani kehidupan aktif seharian.


"Selama ini, saya melakukan perbanding tara dan kajian mendalam mengenai harga, kualiti, motif corak dan identiti sesuatu produk dan saya telah mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana pelanggan saya menggunakan produk Hatta Dolmat.


"Justeru, ini memberi kesan kepada prosesrekaan motif, reka cipta, jahitan, penghasilan dan akhirnya membawa kepada rangkaian koleksi aksesori dan hijab HD Monogram yang premium namun mampu milik. " kata Hatta.


Koleksi aksesori, beg dan hijab yang bernaung di bawah nama jenama Hatta Dolmat kini boleh didapati di laman sesawang rasmi hattadolmat.net, akaun rasmi Shopee Mall Hatta Dolmat Official Store atau melalui ejen yang terpilih.


Hatta juga kini rancak menyediakan rangkaian koleksi terbaru beliau atas hasil kerjasama bersama Malaysia Airport Bhd (MAHB) melalui platform ShopMyAirport.


Hatta Dolmat Design juga, katanya, bakal melancarkan koleksi tudung eksklusif dan pelitup muka rekaan khas pada Mei ini hasil kerjasama strategik antara pihaknya dan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre.


Katanya, hampir 200 botol plastik terbuang telah dikitar semula bagi menghasilkan fabrik untuk koleksi berkenaan.


-Astro Awani

bottom of page