top of page
  • newsatmy

Industri penerbangan akan kembali normal pada 2022 - Tony Fernandes

20 Jun 2021

KUALA LUMPUR - Industri penerbangan dijangka akan kembali normal pada tahun 2022 dengan pembukaan semula secara berperingkat perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.


Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk dokumen yang diperlukan untuk tujuan perjalanan.


"Saya rasa itu akan dapat diselesaikan menjelang September atau Oktober apabila kita membenarkan perjalanan rentas negeri dan beberapa penerbangan antarabangsa," kata beliau semasa webinar mengenai "Communication Organisational Change Across Culture" hari ini.


- PN Online



bottom of page