top of page
  • admin

Johor catat pelaburan lebih RM60 bilion separuh tahun pertama 2022


JOHOR BAHRU, 22 September- Pertumbuhan ekonomi negeri perlu konsisten pada kadar 7% bagi mencapai matlamat Johor Negeri Maju menjelang 2030. Ini menuntut anjakan paradigma dan katalis yang merangsang ekonomi. Sasaran itu tidak akan tercapai jika gerak kerja lazim diteruskan. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri perlu menarik pelabur-pelabur berkualiti seperti dalam sektor minyak dan gas, petrokimia, pusat data, industri elekrik dan elektornik selain mengembangkan industri makanan. Sehingga Jun, RM60.9 bilion pelaburan direkodkan di Johor, dengan RM51.73 bilion pelaburan asing dan RM9.13 bilion lagi pelaburan domestik, melibatkan 222 projek. Daripada jumlah itu, RM54.2 bilion dalam sektor perkhidmatan dengan 152 projek, sektor perkilangan RM6.7 bilion melibatkan 68 projek dan bakinya dalam sektor utama.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi Johor catat pelaburan lebih RM60 bilion separuh tahun pertama 2022)

"Pencapaian ini tidak lain tidak bukan, membuktikan Johor mempunyai ekosistem perniagaan yang kondusif dan mampu menarik pelaburan berkualiti serta berteknologi dan berimpak tinggi. "Kesemua 222 projek yang dicapai ini juga bakal menyumbang sebanyak 7,421 peluang pekerjaan baharu bagi rakyat Johor, di samping memberi kesan berimpak tinggi yang ketara di dalam negeri," kata Onn Hafiz ketika menjawab soalan lisan sidang Dewan Negeri ke-15 di Kota Iskandar, di sini. Katanya, pelaburan ini secara tidak langsung menggalakkan pemindahan teknologi dan peningkatan kemahiran kepada pasaran pekerjaan domestik. Selain menyumbang pendapatan cukai tanah dan cukai harta, yang hasilnya akan diguna untuk meningkatkan kemudahan dan kemajuan negeri.

bottom of page