top of page
  • zaman

Jualan PROTON naik 52% pada Februari


KUALA LUMPUR, 5 Mac- PROTON bakal memasuki pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV), tahun ini.


Syarikat automotif itu juga akan mewujudkan kehadiran dalam segmen baharu.


Justeru, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah melalui kenyataan menyatakan, pihaknya akan mengumumkan hala tuju syarikat 2023, dalam beberapa bulan akan datang.


Februari tahun ini, syarikat automotif tersebut meneruskan permulaan yang kukuh dengan penambahan jualan 52% berbanding bulan yang sama tahun lepas.


2,313 unit model Proton Persona terjual pada bulan lalu, menembusi sasaran 2,000 unit untuk bulan ketiga berturut-turut.


Secara keseluruhan, jualan kereta di Malaysia terus melonjak untuk bulan kedua berturut-turut dengan anggaran jumlah keseluruhan volum industri (TIV) sebanyak 62,300 unit.


Industri automotif kini mengejar untuk memenuhi tempoh pengecualian cukai jualan sebelum tarikh akhir 31 Mac ini.

bottom of page