top of page
  • newsatmy

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

27 Oktober-KUALA LUMPUR

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.


Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM37.68 bilion daripada RM42.74 bilion pagi ini, manakala dalam dana Islam, ia merosot kepada RM19.80 bilion daripada RM25.52 bilion.


Terdahulu bank pusat menerbitkan satu tender pasaran wang lelongan julat tempoh matang dan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA).

Pada 4 petang, BNM mengadakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM18.8 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.


NM turut menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM18.5 bilion daripada RM18.8 bilion.

Kadar faedah semalaman Islam purata ialah pada 1.72 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus, dan 1.86 peratus. - BERNAMA

Comments


bottom of page