top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Kadar jangka pendek kekal stabil hari ini


KUALA LUMPUR, 27 Dis- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM59.24 bilion dalam sistem konvensional dan RM46.08 bilion dalam dana Islam. Hari ini, bank pusat akan menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional RM1 bilion, masing-masing untuk tujuh hari, 14 hari dan 21 hari. BNM akan turut melaksanakan tiga tender Qard yang terdiri daripada tender RM1.5 bilion selama tujuh hari, tender RM1.2 bilion untuk 14 hari dan tender RM600 juta untuk 21 hari. Ia akan turut mengadakan empat tender repo berbalik iaitu tender RM3 bilion untuk 31 hari, tender RM100 juta untuk 90 hari dan tender RM1.04 bilion bagi 182 hari dan tender RM400 juta untuk 365 hari. BNM juga akan mengeluarkan tender Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) untuk 91 hari pada 29 Disember 2022.


Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan. Pada pukul 4.00 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional sehingga RM59.8 bilion dan tender semalaman Murabahah RM41.8 bilion. -BERNAMA

bottom of page