top of page
  • newsatmy

KDNK Malaysia 2021 dijangka tumbuh 4.5 peratus - Bank Dunia

23 Jun 2021

KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2021 dijangka tumbuh 4.5 peratus, menurut Bank Dunia.


Bank pusat itu juga menyemak turun unjuran KDNK Malaysia sebanyak 1.5 peratus untuk 2021.


Semakan dibuat susulan usaha melawan COVID-19 dan vaksinasi yang perlahan, kata Bank Dunia menerusi laporan Pemantau Ekonomi Malaysia Edisi Jun 2021 bertajuk 'Weathering The Surge Official' yang dikeluarkan hari ini.


Katanya, peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) memberi kesan kepada perbelanjaan swasta.


Bank Dunia juga menjangkakan pertumbuhan eksport naik 11.2 peratus tahun ini dengan pemulihan global.


Menurutnya, kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 3.0 peratus tahun ini.


Risiko kepada ekonomi adalah termasuk kegagalan mengawal COVID-19 dan program vaksinasi yang perlahan.


Oleh itu, kerajaan harus fokus kepada usaha mengawal COVID-19 untuk membuka semula ekonomi sambil pada masa sama, proses vaksinasi harus dipercepatkan, katanya.


Bank Dunia juga mahu sokongan kewangan tambahan diberikan kepada kumpulan B40.


Polisi fiskal pula harus fokus kepada kebajikan rakyat berbanding pengukuhan kewangan jangka sederhana, tambahnya.


Bank Dunia juga mencadangkan supaya Malaysia melihat kembali had hutang negara dalam masa terdekat.


Malaysia juga harus meningkatkan sumber hasil dan perbelanjaan berhemah dan sistem perlindungan sosial, katanya.


- Astro Awani


bottom of page