top of page
  • zaman

Kempen pemilikan rumah bantu tingkat sasaran jualan RM 2 Bilion tahun 2023


DENGKIL, 11 Jan- Syarikat pemaju hartanah, LBS Bina Berhad menyasarkan nilai jualan melebihi RM2 bilion bagi tahun 2023. Sasaran tersebut mengambil kira prestasi jualan RM2 bilion dicatatkan pada 2022, lebih 25 peratus berbanding sasaran awal berjumlah RM1.6 bilion. Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Hock San optimis sasaran itu mampu dicapai disokong kempen pemasaran selain inisiatif kerajaan termasuk kempen pemilikan rumah dan isu tenaga buruh. "Kami harap kempen pemilikan rumah diteruskan dengan pengecualian duti setem. Selain pulangan kepada pemaju, pembeli juga dapat berjimat. "Kerajaan juga diharap dapat menyelesaikan permasalahan berkaitan tenaga buruh," katanya.


Beliau ditemui pada sidang media, di sini pada Selasa. 90 peratus daripada keuntungan pada 2022 melibatkan produk hartanah di Lembah Klang, manakala selebihnya disumbang jualan projek di Pahang, Johor dan Perak. Tahun ini, 12 projek baharu bakal dilancarkan pada dengan Nilai Pembangunan Kasar, GDV sebanyak RM2.09 bilion.

bottom of page