top of page
  • Farah

Krisis kewangan: Sri Lanka bakal terima pinjaman IMF AS$2.9 bilion


NEW DELHI, 2 Sept: Sri Lanka mencapai persetujuan awal dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk menerima pembiayaan AS$2.9 bilion bagi mengatasi krisis kewangannya.


Objektif program pembiayaan 48 bulan yang disokong Kemudahan Dana Lanjutan (EFF) baharu Sri Lanka adalah untuk memulihkan kestabilan makroekonomi dan kemampanan hutang, kata IMF dalam satu kenyataan pada Khamis.


Perjanjian peringkat kakitangan itu dicapai selepas perbincangan antara misi IMF yang diketuai oleh pegawai kanan Peter Breuer dan Masahiro Nozaki, serta pihak berkuasa Sri Lanka, termasuk Presiden dan Menteri Kewangan Ranil Wickremesinghe, Perdana Menteri Dinesh Gunawardena dan Gabenor Bank Pusat Sri Lanka (CBSL). P. Nandalal Weerasinghe, di Colombo dari 24 Ogos hingga 1 Sept.


"Perjanjian itu tertakluk kepada kelulusan oleh pengurusan IMF dan Lembaga Eksekutif dalam tempoh yang akan datang, bergantung kepada pelaksanaan tindakan terdahulu oleh pihak berkuasa, dan jaminan pembiayaan yang diperoleh daripada pemiutang rasmi Sri Lanka dan melakukan dengan niat yang baik untuk mencapai perjanjian kerjasama dengan pemiutang swasta," kata IMF.


"Pelepasan hutang daripada pemiutang Sri Lanka dan pembiayaan tambahan daripada rakan kongsi pelbagai hala akan diperlukan untuk membantu memastikan kemampanan hutang dan merapatkan jurang pembiayaan," tambah kenyataan itu.


"Ekonomi dijangka menguncup sebanyak 8.7 peratus pada 2022 dan inflasi baru-baru ini melebihi 60 peratus. Kesannya ditanggung secara tidak seimbang oleh golongan miskin dan terdedah," kata IMF.

-- BERNAMA

Commentaires


bottom of page