• newsatmy

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd mengulangi komitmen bekerjasama rapat dengan Jabatan Kastam

15 Mei 2021

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menutup sektor ekonomi secara bersasar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 perlu dilihat daripada persektif positif.


Penganalisis Ekonomi, Datuk Madeline Berma berkata, pada PKP 1.0, negara mengalami kerugian sehingga RM24 bilion sehari selain kadar pengangguran meningkat.


"Pada PKP 1.0 kerajaan mengambil langkah drastik dengan melaksanakan PKP di mana hampir kesemua sektor ekonomi ditutup.


"Ia menyebabkan negara mengalami kerugian kira-kira RM24 bilion sehari," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Khamis.


Justeru itu, Madeline menggesa orang ramai supaya tidak khuatir dengan penutupan sektor ekonomi secara bersasar kerana tindakan itu adalah bagi mengimbangi sektor kesihatan dan ekonomi.


"Tindakan kerajaan pada ketika ini adalah mengekang penularan COVID-19, namun pada masa yang sama kerajaan tidak mahu memberi kesan kepada perjalanan ekonomi rakyat.


"Cuma pada ketika ini, kita tidak boleh bershopping, dine-in dan sebagainya, lain-lain aktiviti ekonomi masih boleh berjalan," ujarnya.


-Astro Awani