top of page
  • newsatmy

MAHB buka fasiliti saringan COVID-19 Julai ini

30 Jun 2021

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan membuka fasiliti saringan COVID-19 swasta di lapan lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai Julai ini.


Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, lima daripada fasiliti berkenaan terletak di terminal utama KLIA manakala tiga lagi di terminal KLIA2.


“Kemudahan ini dijangka memenuhi keperluan kira-kira 40,000 penumpang setiap hari yang cukup untuk menampung kemasukan antarabangsa di kedua-dua terminal setelah keadaan pulih.


“Ia akan dilengkapi dengan ruang rehat serta tempat duduk yang selesa untuk penumpang sementara menunggu keputusan ujian saringan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, fasiliti baharu tersebut adalah antara beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan oleh MAHB dalam usaha meningkatkan keselesaan dan kemudahan selain memastikan pelaksanaan protokol keselamatan perjalanan di lapangan terbang.


Tambahnya, pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan penyedia perkhidmatan yang dilantik mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalankan perkhidmatan saringan itu.


“Kami yakin kemudahan baharu ini akan memberi kesan positif kepada kepada permintaan pelancongan apabila sempadan dibuka kembali,” katanya.


- PN Online

bottom of page