top of page
  • Farah

Malaysia alu-alukan pelaburan, perdagangan industri tenaga syarikat tempatan dan antarabangsa


KUALA LUMPUR, 22 Feb: Malaysia mengalu-alukan pelaburan dan perdagangan dalam industri tenaga daripada syarikat tempatan dan antarabangsa. Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, ia bagi menangani krisis tenaga dan memastikan keselamatan tenaga yang terjamin. Jelas beliau, komitmen negara untuk mewujudkan persekitaran yang mesra perniagaan dalam tenaga akan diteruskan, seperti yang dibuktikan melalui pembaharuan dalam liberalisasi pasaran gas. Selain, akses pihak ketiga yang membolehkan pelbagai entiti mengakses dan menggunakan kemudahan gas Malaysia. Sementara itu beliau memaklumkan, kerajaan sedang merangka dan melihat mekanisme terbaik untuk mengimbangi kebolehan negara menjana teknologi hijau dengan kemampuan mematuhi sasaran peralihan tenaga menjelang 2050. "Apabila kita sudah ada mekasnime baik itu akan membolehkan kapasiti-kapasiti penjanaan baharu dapat dipercepat. Maksudnya, pelabur-pelabur dan juga penjana tenaga boleh melihat apakah permintaan dalam negara dan berapa banyak daripada penjanaan itu yang boleh dijual di luar negara, jadi proses itu sedang berlaku dan sebelum ini kita tidak ada", katanya. )

Tambahnya, perbincangan terperinci dilakukan mengenai rancangan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang tenaga antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU). "Saya mendapat galakan daripada minat EU untuk mencari titik kerjasama di rantau yang berkembang pesat ini. Wakil EU akan mengadakan mesyuarat di peringkat kerja yang lebih terperinci dengan Petronas pada Jumaat. Kami berharap dapat membangunkan perkongsian yang lebih mantap kerana Malaysia memiliki kedudukan yang unik dalam bidang gas asli cecair," ujarnya lagi.

bottom of page