top of page
  • newsatmy

Malaysia bakal jadi pusat serantau Geely


KUALA LUMPUR, 4 April - Syarikat automotif terkemuka dari China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) bakal menjadikan Malaysia sebagai pusatnya bagi rantau Asia Pasifik. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pengerusi Geely dijangka membuat pengumuman mengenai perkara itu semasa lawatannya ke Malaysia bulan depan.


"Geely yang merupakan investor terbesar sekarang untuk mengadakan latihan program khas bagi anak-anak tempatan, sebahagian di Malaysia dan sebahagian di China. Jadi harus ada latihan khas bagi mereka...Geely juga bersetuju untuk memulakan tahun ini," katanya di Parlimen. Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dan DRB Hicom Berhad memeterai perjanjian induk (HOA) yang menyasarkan pembangunan hab kenderaan generasi masa hadapan di Tanjong Malim, Perak. HOA dimeterai semasa lawatan Perdana Menteri ke Beijing, baru-baru ini.



bottom of page