top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Maybank rangkul lima anugerah Asiamoney 22


KUALA LUMPUR, 27 Sept- Keupayaan Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan Maybank terus diiktiraf, menerusi kemenangan lima anugerah dan undian di Anugerah Asiamoney 2022. Kumpulan perbankan itu dinobatkan sebagai Kumpulan Bank Terbaik untuk Kepelbagaian dan Keterangkuman di Malaysia, Bank Pelaburan Terbaik di Malaysia dan Bank Antarabangsa Terbaik di Kemboja. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, pengiktirafan tersebut mengukuhkan semula komitmen kumpulan perbankan itu dalam menyediakan penyelesaian berkualiti bagi menyokong keperluan pelanggan.


Maybank juga dilihat sebagai ejen perubahan dalam industri, mendorong bank lain untuk meningkatkan kepelbagaian bagi mengukuhkan prestasi ekonomi yang lebih luas. Pada acara sama, bank tersebut turut mengungguli anugerah Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia kategori Sektor Perbankan untuk tahun kedua berturut- turut. Lebih 175 syarikat diiktiraf atas prestasi cemerlang dalam sektor dan pasaran masing-masing, hasil tinjauan melibatkan hampir seribu pengurus dana, pegawai bank dan penganalisis penyelidikan di 12 pasaran di Asia.

bottom of page