top of page
  • newsatmy

Melonjak ke paras tertinggi sejak 2018, inflasi UK uji Bank of England

15 Julai 2021

INFLASI Britain melonjak jauh daripada sasaran Bank of England (BoE) pada Jun dengan rekod 2.5%, yang tertinggi sejak Ogos 2018.


Ini meningkatkan spekulasi bahawa BoE harus mempertimbangkan lebih awal untuk meredakan program rangsangan yang besar.


Menurut Pejabat Statistik Negara, harga makanan, bahan bakar, kereta terpakai, pakaian dan kasut meningkat ketika ekonomi dalam proses pemulihan.


Ahli strategi pasaran global di J.P. Morgan Asset Management, Hugh Gimber berkata, BoE kemungkinan berpandangan waktu semakin dekat untuk memberikan sokongan mereka terhadap ekonomi.


Sebilangan besar bank pusat berpendapat, lonjakan inflasi global akan bersifat sementara dan mencerminkan cabaran rantaian bekalan ketika ekonomi Barat kembali daripada wabak koronavirus.


Wakil Gabenor BoE, Jon Cunliffe berkata, bank pusat akan melihat lebih dekat bagaimana inflasi berterusan dalam menerbitkan ramalan bulan depan.


Namun sebahagian besar kenaikan itu berkaitan dengan pembukaan semula ekonomi.

BoE menyemak semula unjuran inflasi bulan lalu untuk meramalkan puncak inflasi lebih daripada 3 peratus.


BoE menjangkakan inflasi akan turun kembali ke sasaran 2 peratus dalam beberapa tahun ke depan seiring dengan trend harga sebelum pandemik dan pertumbuhan gaji yang kembali lemah.

Comments


bottom of page