top of page
  • newsatmy

MIDF Research jangkakan penurunan dalam pengeluaran tandan buah segar FGV

2 Disember 2021

KUALA LUMPUR: MIDF Research kami menjangkakan akan terdapat sedikit penurunan dalam tahap pengeluaran tandan buah segar (TBS) FGV Holdings Bhd (FGV) disebabkan oleh cuaca yang tidak baik serta bilangan pekerja yang tidak stabil.


Dalam nota penyelidikannya, MIDF Research berkata, pihaknya tidak membuat sebarang pelarasan pada ramalan TK21, TK22 dan TK23 kerana FGV tidak menghasilkan sebarang kejutan yang ketara.

"Kami bagaimanapun mengekalkan harga sasaran FGV pada RM2.20," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.


Tambah MIDF Research, Kumpulan itu dilaporkan merancang untuk mengambil 7,000 pekerja asing yang merupakansebahagian daripada 32,000 pekerja yang telah dipersetujui oleh kerajaan dan mereka dijangka menyertai FGV pada suku pertama tahun kewangan 2022 (1QFY22).


"Kami ambil perhatian bahawa proses untuk membawa masuk pekerja asing ke Malaysia akan menjadi lebih lama kerana 7,000 pekerja ini semuanya adalah pekerja baharu," katanya.


FGV mencatatkan pendapatan sebanyak RM706.7 juta pada 9MFY21 berbanding RM19.0 juta pada tahun sebelumnya dengan margin yang lebih tinggi dalam segmen perladangan dan gula.


Ia melebihi jangkaan MIDF Research dan konsensus, menyumbang lebih 100% daripada anggaran pendapatan FY21 tahun penuh masing-masing disebabkan oleh pendapatan yang lebih baik daripada jangkaan daripada segmen perladangannya.


Firma penganalisis itu berkata, pihaknya meramalkan prestasi kewangan FGV yang lebih baik bergerak ke hadapan didorong oleh 2 faktor iaitu harga minyak sawit mentah (MSM) yang menggalakkan dan prestasi yang lebih baik daripada segmen gulanya.


Secara keseluruhan, bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 September 2021, FGV mencatatkan keuntungan operasi suku tahunan tertinggi sejak penyenaraian syarikat sebanyak RM636 juta berbanding RM322 juta pada suku yang sama sebelumnya.


Sektor Perladangan FGV, perniagaan utama kumpulan yang membentuk majoriti perniagaannya menyaksikan prestasi positif pada suku ketiga dengan jumlah keuntungan operasi sebanyak RM585 juta dengan pendapatan sebanyak RM4.68 bilion, masing-masing meningkat sebanyak 56% dan 41% didorong oleh harga MSM yang lebih tinggi dan jumlah baja yang lebih baik.



Artikel asal di DagangNews.com

コメント


bottom of page