top of page
  • newsatmy

MITA gesa pelaksanaan VOA untuk pelancong disegerakan


KUALA LUMPUR, 20 Feb - Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) menggesa pelaksanaan visa ketibaan (VOA) untuk pelancong dari semua negara disegerakan. Ini adalah bagi memudahkan kemasukan 15.5 juta pelancong yang disasar kerajaan pada tahun ini. Pengerusinya, Uzaidi Udanis berkata keperluan mempercepatkan pelaksanaan VOA adalah supaya Malaysia tidak ketinggalan berbanding negara-negara jiran yang lebih agresif menerima kedatangan pelancong. "Negara seperti Thailand dan Indonesia agresif dalam pemasaran ke India dan China dengan Thailand menjangkakan menerima 1.4 juta pelancong India dan 10 juta pelancong dari China untuk tahun ini, Indonesia pula telah menerima lebih 200,000 pelancong India sahaja pada tahun lepas," kata beliau dalam sidang media, di sini hari ini.

(

Pihaknya yakin dasar VOA yang dicadang akan meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sekali gus membantu industri berkenaan kekal berdaya saing. Jelas Uzaidi, Malaysia kini mempunyai skim VOA namun terhad kepada 15 hari berbanding negara jiran seperti Thailand yang menawarkan sekurang-kurangnya 30 hari. Terdahulu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing telah mencadangkan skim VOA diberikan kepada semua pelancong dari semua negara. Tambah beliau, kemudahan VOA tersebut bukan sahaja memudahkan para pelancong, namun apa yang lebih penting lagi ia akan meningkatkan daya saing Malaysia dengan negara lain dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan negara.

bottom of page