top of page
  • admin

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada sesi awal dagangan


KUALA LUMPUR, 26 Sept- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah pasaran tunai. Pada pukul 9.35 pagi, September 2022 susut 5.0 mata kepada 1,416.0, Oktober 2022 lemah 7.5 mata menjadi 1,416.50, Disember 2022 menguncup 8.0 mata kepada 1,416.50 manakala Mac 2023 merosot 3.5 mata kepada 1,409.50. Jumlah dagangan ialah pada 1,449 lot, dengan kepentingan terbuka 36,569 kontrak.


Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.58 mata kepada 1,419.40 selepas 35 minit diniagakan. Ia dibuka 1.15 mata lebih rendah pada 1,423.83 berbanding penutupan Jumaat pada 1,424.98.

bottom of page