top of page
  • admin

Nilai ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR.18 OKT: Nilai ringgit pulih semula daripada kerugian tujuh hari berturut-turut sebelum ini untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, dirangsang oleh minat belian baharu, kata seorang peniaga.


Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7135/7180 daripada penutupan urus niaga Isnin pada 4.7150/7185.


Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar meneruskan kenaikan berbanding ringgit pada Isnin, didorong oleh kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang berulang kali untuk membendung inflasi AS.

Semalam, ringgit telah menghampiri paras terendah sepanjang masa pada 4.725 yang dicatatkan pada 7 Jan 1998 selepas sentimen dalam pasaran tempatan dipengaruhi oleh pengukuhan dolar AS.


"Di Malaysia, bank pusat telah mengamalkan pendirian kawalan inflasi yang lebih sederhana, menaikkan kadar faedah daripada 1.75 peratus pada awal 2022 kepada 2.5 peratus pada masa ini, iaitu 0.75 peratus di bawah kadar faedah AS (kini pada 3.25 peratus) .


"Melihatkan kepada perbezaan dalam kadar faedah kedua-dua mata wang, pelabur cenderung untuk menjual ringgit dan membeli dolar AS kerana modal mereka boleh mencapai hasil yang lebih baik di AS pada masa ini, dan asas-asas pula terus menunjuk ke arah peningkatan dolar AS berbanding ringgit dalam jangka pendek hingga sederhana," katanya.


Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun.


Mata wang tempatan menyusut susut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3168/3204 daripada 3.3053/3080 pada hari Isnin, lemah berbanding pound Britain kepada 5.3503/3554 daripada 5.3199/3239, dan rendah berbanding euro kepada 4.6381/6425 daripada 4.5981/6015.


Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3168/3204 daripada 3.1712/1738 sebelumnya.

-- BERNAMA

Comments


bottom of page