• Arissa Azman

Osman Sapian dilantik sebagai Pengerusi MPOB

26 OKTOBER 2021

Sekalung Tahniah diucapkan kepada YB Dato' Osman Sapian, atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).


Pelantikan tersebut berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021.


MPOB adalah agensi kerajaan yang diamanahkan untuk berkhidmat kepada industri kelapa sawit negara. Peranan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara untuk kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.


Diharapkan dengan pelantikan itu bakal membawa MPOB ke mercu tanda pengurusan yang lebih baik dan profesional, berintegriti serta telus berasaskan konsep tadbir urus Rabbani.