top of page
  • newsatmy

PEMERKASA: Dana tambahan RM500 juta bagi pembiayaan mikro kredit - PM Muhyiddin

18 Mac 2021

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak RM500 juta bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu disalurkan menerusi program di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SME Corp.


Dalam perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) di sini pada Rabu beliau berkata, penambahan itu adalah susulan daripada pengumuman Belanjawan 2021 yang mana kerajaan meluluskan peruntukan RM1 bilion bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit.


Berikut adalah antara dana pembiayaan tambahan yang disediakan kerajaan:


BSN

  • Dana sebanyak RM300 juta disediakan dengan had pembiayaan sehingga RM50,000.


Kadar faedah dikurangkan daripada 3.5 kepada tiga peratus. Tempoh pinjaman adalah untuk lima tahun dan bayaran ansuran hanya bermula selepas bulan keenam.

TEKUN Nasional


  • Dana tambahan sebanyak RM60 juta disediakan, terutamanya untuk Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan sehingga RM5,000 bagi perniagaan secara kecil-kecilan daripada rumah, pasar malam dan pasar tamu.


Program TEKUN Mobilepreneur akan diperluaskan untuk pembiayaan membaik pulih atau membeli motosikal baharu dengan had sehingga RM10,000.


Motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah akan diberi pengecualian 100 peratus duti eksais mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.


Pemohon dapat menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan program TEKUN POS-preneur


Bantuan ini diberikan sehingga RM20,000 untuk tujuan baik pulih kenderaan, dan sehingga 50,000 untuk pembelian van atau lori.


MARA


  • Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro dilaksanakan dengan keutamaan untuk membantu 1,000 PKS mikro Bumiputera untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.


Sebanyak RM50 juta disediakan dengan nilai pembiayaan sehingga RM50,000 pada kadar faedah serendah tiga peratus.


SME Corp.


  • Menyediakan RM50 juta untuk membantu PKS tempatan mendapatkan pembiayaan sehingga RM250,000 pada kadar faedah juga serendah 3 peratus -AA



bottom of page