top of page
  • zaman

Perlu penyampaian maklumat tepat pogram persaraan


KUALA LUMPUR, 10 Okt- Penyampaian maklumat yang lebih baik perlu diberi kepada masyarakat bagi memastikan mereka benar-benar faham mengenai pelbagai program melibatkan sistem persaraan.


Ketua Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata maklumat ini penting bagi orang ramai mengetahui saluran yang betul untuk menghubungkan mereka kepada pihak berkenaan.


"Ramai sebenarnya rakyat kita yang ingin menyimpan. Rakyat kita ni sebenarnya bersikap munasabah, yang penting penyampaian maklumat tu kena tepat, kena jelas. Dasar tu untuk tujuan apa? Impaknya apa? Di sini saya nampak banyak agensi kerajaan yang dah mula berinteraksi dengan netizen melalui paparan dalam media sosial dan sebagainya," kata Mohd Afzanizam dalam program Pasca-Bajet 2023 di Angkasapuri.


Bawah Bajet 2023, program i-Saraan akan dilanjutkan untuk tahun 2023 dan ditambah baik dengan peningkatan caruman padanan daripada RM250 hingga RM300.


Dengan peruntukan RM30 juta, inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 100,000 pencarum

bottom of page