top of page
  • admin

Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua 2022 tertinggi di ASEAN - PM


NEW YORK, 25 Sept - Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku kedua tahun ini adalah tertinggi di ASEAN. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia dijangka mampu mencapai sasaran antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus dengan mengambil kira pencapaian separuh pertama tahun 2022 sebanyak 6.9 peratus. Ekonomi negara terus mengukuh dengan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi suku kedua tahun 2022 mencatat pertumbuhan sebanyak 8.9 peratus. Ia lebih tinggi berbanding 5 peratus yang dicatat pada suku pertama tahun ini.


Jelas Perdana Menteri, pelbagai langkah yang diambil kerajaan dalam melaksanakan pakej rangsangan dan pembukaan semula sektor ekonomi secara beransur telah mengurangkan impak besar daripada krisis pandemik COVID-19. Pada masa sama, menyokong pemulihan semula pertumbuhan ekonomi.

Ismail Sabri berucap pada majlis makan malam bersama Keluarga Malaysia yang dihadiri lebih 300 rakyat Malaysia di New York. Beliau menyifatkan rakyat Malaysia di luar negara, termasuk di Amerika Syarikat sebagai ‘Duta Kecil’ negara yang mempunyai peranan penting untuk terus melakar imej positif Malaysia di seberang laut.

bottom of page