top of page
  • zaman

Petronas Dagang meraih keuntungan bersih RM776.60 juta pada 2022


KUALA LUMPUR 23 Feb: Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2022 meningkat kepada RM776.60 juta berbanding RM529.75 juta pada tahun sebelumnya.

Hasil meningkat kepada RM36.75 bilion daripada RM22.67 bilion, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

Keuntungan bersih tinggi itu disumbang terutamanya daripada keuntungan kasar yang tinggi daripada semua segmen susulan peningkatan permintaan sepanjang tempoh tersebut. "Peningkatan itu turut disokong oleh pendapatan lain yang tinggi susulan keuntungan sekali yang diperoleh daripada penjualan perniagaan gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak," katanya.


Bagi suku keempat, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM144.46 juta berbanding RM137.19 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun sebelumnya manakala hasil melonjak kepada RM9.50 bllion daripada RM7.11 bilion.


Keuntungan bersih tinggi semasa suku tersebut disumbang oleh keuntungan kasar tinggi daripada segmen runcit dan komersial dan peningkatan pendapatan lain.

-- BERNAMA


bottom of page