top of page
newsatmy

Petrosains ketengah sains, kelestarian dengan ciri baharu ditambah baik


KUALA LUMPUR 31 julai:Petrosains, The Discovery Centre, akan memperkenalkan pameran terbaharu iaitu autonomi yang dilengkapi pengeluaran bunyi dan visual berdefinisi tinggi, serta menawarkan persekitaran 360 darjah yang akan membawa pengunjung menyelusuri penggembaraan di dalam hutan purba, lautan indah dan melayari pembangunan negara maju pada Ogos depan.


The Dark Ride bersedia untuk membuat kemunculan semula selepas ia dihentikan buat sementara waktu pada 2020 berikutan pandemik COVID-19 yang memerlukan protokol keselamatan untuk dipatuhi, termasuk langkah-langkah penjarakan sosial.


Pengalaman yang dipertingkatkan ini menggabungkan naratif tenaga baharu yang direka khas untuk membuat pengunjung berfikir mengenai revolusi teknologi seterusnya yang diperlukan bagi menangani isu semasa dan cabaran masa depan. Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn Bhd, Ezarisma Azni Mohamad berkata, projek penambahbaikan empat fasa di Petrosains ini adalah tepat pada masanya, memandangkan perubahan iklim yang melanda dunia dan aktiviti kegiatan manusia yang memberi impak kepada bencana alam.

“Di Petrosains, kami ingin mewujudkan persekitaran di mana pengunjung kami, khususnya generasi muda untuk mula memikirkan penyelesaian mampan terhadap masalah dunia sebenar, dan menyemarakkan rasa ingin tahu mereka mengenai teknologi masa depan serta bagaimana untuk menyelesaikannya dengan tuntas. Isu-isu seperti ini boleh dicapai menerusi kemajuan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).


“Pelaksanaan pengetahuan dan inovasi dalam pembelajaran STEM telah memberikan sumbangan yang menyelamatkan nyawa dan mengubah hidup kepada komuniti di seluruh dunia, dan contoh terbaharu yang kita ada hari ini ialah penyelesaian ke arah membendung penularan wabak kesihatan,” tambahnya.


Pengalaman perjalanan baharu ini menumpukan pada tema peralihan tenaga dan keperluan sepanjang kemajuan manusia, di mana naratif akan bermula dengan evolusi manusia gua melihat bagaimana sainstis meneroka cara baharu bagi membangunkan penjanaan kuasa mampan. Perjalanan itu akan diiringi iringan muzik, dan elemen multimedia untuk pengalaman yang menyeronokkan dan mengasyikkan.

Seterusnya, diikuti dengan penambah baikkan kepada pusat sains, Galeri Kelestarian yang bertujuan untuk mendidik dan memperkasakan pengunjung memikirkan impak kepada masa depan yang dipilh.


Galeri itu yang dijadualkan dibuka pada penghujung tahun ini, akan menampilkan maklumat dan kandungan pembelajaran mengenai isu penting, termasuk cara mengukur dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, penerokaan pilihan tenaga baharu serta penyelesaian bersepadu kepada permintaan tenaga untuk memenuhi matlamat mencapai pelepasan sifar bersih.


Dua fasa penambahbaikan terakhir akan menampilkan perubahan naik taraf kepada galeri, Diorama dan Platform Minyak atau ‘Diorama and Oil Platform’ yang sedia ada untuk memberi pengalaman yang lebih mengujakan.


Petrosains Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh konglomerat minyak dan gas Malaysia, Petronas. Projek naik taraf itu sejajar dengan matlamat Petronas untuk mencapai sifar bersih pelepasan karbon menjelang 2050 iaitu sebuah pendekatan holistik Kumpulan terhadap kemampanan yang mengimbangi pemacu untuk memberikan nilai jangka panjang perniagaan dan memainkan peranan aktif dalam peralihan kepada penyelesaian tenaga yang lebih bersih.


Untuk maklumat lanjut, layari https://petrosains.com.my

Comments


bottom of page