top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PPN: Peniaga, pemilik restoran mohon SOP 'dine-in' dilonggarkan

17 Ogos 2021

KOTA BHARU: Peniaga dan pemilik restoran di Kelantan memohon kerajaan negeri melonggarkan operasi prosedur standard (SOP) 'dine-in' atau makan di premis serta vaksinasi ke atas peniaga.


Ini selepas kerajaan negeri menetapkan hanya peniaga dan pekerja kedai makan lengkap dua dos vaksinasi boleh menerima pelanggan dan melarang pelanggan bawah 17 tahun makan di kedai makan.


Bagi pemilik kedai nasi ayam, Wan Norfarhana Wan Mohd Marzunia kebanyakan pelanggannya baharu mendapat suntikan satu dos vaksin dan ini akan mengehadkan jumlah pelanggan ke kedainya.


"Kalau boleh SOP dilonggarkan sebab macam kami baru dapat satu dos vaksin.

"Kalau boleh mereka yang berusia 17 tahun ke bawah dibenarkan makan di kedai," katanya.


Pada Ahad, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembukaan 11 lagi sektor ekonomi antaranya membabitkan kedai pakaian dan kedai barangan elektrik.


Namun semalam, sebahagian besar peniaga di Kelantan membabitkan sektor berkenaan masih belum membuka perniagaan mereka.


Ini kerana mereka bimbang jika ada SOP tambahan yang diumumkan oleh kerajaan Kelantan seperti yang ditetapkan ke atas peniaga kedai makan dan restoran.


bottom of page