top of page
  • zaman

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR 13 Mac: Nilai ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini menjelang pengeluaran laporan inflasi Amerika Syarikat untuk bulan Feb minggu ini, kata seorang penganalisis.


Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5120/5175 berbanding dolar AS daripada penutupan urus niaga Jumaat pada paras 4.5180/5220.


Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) inflasi keseluruhan dan teras dijangka meningkat masing-masing 6.0 peratus dan 5.5 peratus pada bulan Feb berbanding 6.4 peratus dan 5.6 peratus pada bulan sebelumnya berdasarkan anggaran konsensus.

"Nampaknya trend disinflasi dijangka berterusan walaupun pada kadar yang lebih perlahan.

"Dari sudut pasaran mata wang, ini akan terus menyokong dolar AS dalam tempoh terdekat kerana ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan bermesyuarat minggu depan," katanya kepada Bernama.

bottom of page