top of page
  • newsatmy

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.9 bilion pada 31 Mei - Bank Negara

9 Jun 2021

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110.9 bilion pada 31 Mei 2021.


Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.


Katanya komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$110.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$103.2 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.4 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$3.0 bilion).


Aset-aset tersebut merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR berjumlah RM460.65 bilion; Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM3.6 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM19.87 bilion); tanah dan bangunan (RM4.16 bilion); serta aset lain (RM15.69 bilion).


Bank pusat itu berkata modal dan liabiliti merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.09 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.76 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM145.49 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.94 bilion), lain-lain deposit (RM11.44 bilion), kertas Bank Negara (RM10.31 bilion), peruntukan SDR (RM7.90 bilion) dan liabiliti lain (RM5.37 bilion).

Comments


bottom of page