top of page
  • newsatmy

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$116.1 bilion pada 29 Okt

9 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$116.1 bilion pada 29 Okt, 2021.


Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negera jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan pada Isnin.


Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$6.1 bilion), emas (US$2.2 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).


Aset-aset yang terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM486.22 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM629.64 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM22.68 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.71 bilion).


Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM184.73 bilion), mata wang dalam edaran (RM146.84 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM149.26 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.37 bilion), lain-lain deposit (RM6.48 bilion), kertas Bank Negara (RM7.53 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.97 bilion).




-- BERNAMA

Comentarios


bottom of page