top of page
  • newsatmy

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$116.7 bilion pada 30 Nov

8 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$116.7 bilion pada 30 Nov, 2021 daripada AS$116.5 bilion pada 15 Nov, 2021.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata paras rizab itu adalah memadai bagi membiayai lapan bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.


BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.1 bilion), emas (AS$2.2 bilion), dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).


Aset-aset itu terdiri daripada emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM488.98 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM629.64 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.08 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.84 bilion).


Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar yang berjumlah sehingga RM100 juta, rizab (RM187.85 bilion), mata wang dalam edaran (RM146.94 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM157.31 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.62 bilion), lain-lain deposit ((RM5.61 bilion), kertas Bank Negara (RM7.95 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.06 bilion).




-- BERNAMA

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page